Tuesday, September 2, 2014

Teguran

Saat aku alpa lalai bahagia buat sesuatu yang mungkin akan berbalik pada aku sendiri,

Kau datang menasihati.

Tatkala dahulu kau menasihati aku dengan bahasa kasar, aku dapat terima dengan hati terbuka,

Bagai pintu yang tak perlu dipaksa untuk dibuka.

Apatah lagi teguranmu yang kali ni penuh dengan hati-hati dan kelembutannya,

Senang amat untuk diterima.

Terima kasih kawan untuk itu.

Aku tahu kita sudah berjauhan, dan kini kita sedar kita bukanlah sejantina.

Mungkin kerana kau menjaga, kau kurangkan borak kosong itu dengan aku.

Sekali lagi, terima kasih untuk teguran tadi.

Alam maya,

Mudah untuk sesuatu jadi viral. Saat aku leka duk gelakkan orang, share sesuatu yang mungkin membikin malu terhadap si mangsa, kau nasihati aku. "Kesian dia, nanti dia malu"

Hati tersentuh. Mungkin juga tersentap.

Dengan teguran itu, aku dapat berfikir panjang, bagaimana kalau tiba tiba satu hari berbalik pada diri aku?

Istighfar panjang T-T. Astaghfirullahalazim.

Inilah contoh kawan yang akanku pelihara. Saat aku pernah kehilangan dia sekali, membuatkan kau cukup istimewa untuk aku!

"You're my Patrick, and I'm your Spongebob,
Whatever will be I'll always be with you to the top"

Jumpa lagi satu hari nanti :) Kawan, sahabat, teman.....

Toodles!

-Jay-


No comments:

Post a Comment