Sunday, October 19, 2014

Friendzoned

" Kau dah ada someone kan?"
Aku masih lagi memilih untuk menyepi.

"Kau buat tak tahu je kan dengan aku."
Masih juga menyepi.

Bicaranya biarpun dalam senda namun aku tahu ada rajuk pada nadanya. Sekalipun begitu, aku diamkan juga. Biar, biarkan dia terus menelah. Selesanya aku begitu buat waktu ini.

Petang itu dalam perjalanan pulang ke Shah Alam selepas empat hari di Johor, aku bicara pada hati sendiri.

' Siapa ' someone ' telahanmu? Sedang aku hanya menanti seseorang untuk sedar wujudnya aku di hadapannya. Hanya harap hadirku istemewa.
Bukan sekadar teman bertukar senyum.
 Bukan sekadar teman di kedai kopi.
 Bukan hanya sekadar teman biasa.
Bila kau akan sedar itu ? '

Senyum. Aku hanya mampu tersenyum saat dia melihat aku.
Sakit.
Berat.
Hanya aku yang tahu sendiri bila melayan kau sebegitu.
Biar dia teruskan. Kerana jika aku buka bicara pasti akan menyulitkan keadaan.
Biar aku jadi yang teruk pada pandangan kau kerana melupai seorang teman dek kerana sudah ada ' someone '.

' Lelaki tidakkah kau sedari? Aku yang sentiasa ada kala sulitmu. Aku yang kisah bila senyum mu tak seindah biasa. Aku yang mencuba sedaya upaya bangunkan kau saat kau jatuh. Aku yang gundah saat kau resah. Ya aku! '

Kalau disebabkan ini persahabatan yang terbina putus saat-saat akhir pengajian ini. Maaf aku pinta.


Aku harap kau sedar, aku pilih untuk menjauh kerna aku gusar perasaan yang kian nyata menjadikan kita kekok. Tak, Menjadikan aku kekok sejujurnya.
 Kerna aku tahu dari awal lagi, kau dan aku takkan jadi seperti mereka, Jadi aku pilih untuk menjauh. Kerna jauh itu pasti akan indah pada waktunya.
Kerna ia pasti jalan yang terbaik yang pernah aku pilih kala kau ada yang 'lain' kelak. Yang mana aku pasti, kau pasti ada yang lain.
.
.
.
Kerna aku tahu, kau takkan pernah sedar wujudnya aku yang bina harapan untuk di lihat lebih dari seorang teman.
Dan buat ketika ini, aku hanya mampu menjauh dan menyaksikan kau mencari seseorang untuk kau hargai.
Bahagialah kamu. Doaku walau dimana sekalipun.
Cari aku kalau kau perlu, akan ada.




Ada bicara. Permulaannya payah. Ada bicara. Bahasa bisu layaknya



_NS_


No comments:

Post a Comment